Belajarlah Dari Alam

2366012236_707a15e272

  • Belajarlah dari matahari

Adil menebar cahaya dan memberikan kehangatan kepada  semua, baik yang terawang-awang di angkasa mahupun yang bertebaran di atas bumi,kepada yang miskin mahupun yang kaya,yang mulai hatinya juga buat si kejam….kepada semua mahkluk ciptaan ilahi.

  • Belajarlah dari bunga

Sentiasa tersenyum menyebarkan harumanya, menghadiahkan kecantikan untuk mengubati hati yang gundah,juga menggembirakan setiap mata yang memandang.

  • Belajarlah dari lebah

Sentiasa berganding bahu,bekerja dengan hati yang  riang dan semangat yang membara

  • Belajarlah dari pokok

menghadiahkan buah yang manis dan segar sambil menundukkkan dahannya.

  • Belajarlah dari bulan

Tenang memancarkan cahayanya yang kemilau dan indah buat menyuluh malam yang gelap

  • Belajarlah dari sungai

Tabah bergerak menuju ke destinasi dengan meredah apa saja halangan sampai ke muaranya,airnya lembut dan tenang tapi tiada suatu  pun mampu menghalang kemaraannya.

  • Belajarlah dari daun yag luruh

Sabar ketika menghadapi kesukaran,sentiasa tersenyum menunggu hari yang baik dan sesuai untuk tumbuh kembali

  • Belajarlah  dari hujan

Kehadirannya dinanti-nantikan buat menyejuk alam yang hangat,membasahi kekeringan,menghijaukan tanah yang gersang dan memberi nyawa kepada tumbuh-tumbuhan.

  • Lihatlah ke dalam diri. Pelajari sifat-sifat alam yang dicipta Oleh Allah yang agung.Ya belajarlah dari alam kerana kita juga sebahagian darinya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s